Kanser Payudara Kanser payudara atau barah payudara boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, tapi kebiasaanya paling banyak terjadi ke...
Kanser Payudara
Kanser payudara atau barah payudara boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, tapi kebiasaanya paling banyak terjadi kepada kaun wanita.
Kanser payudara bermula daripada sel payudara sendiri yang mengalami mutasi dan merebak.
Tanda Tanda Barah Payudara (Kanser Payudara)
- Benjolan pada payudara
- Keluar cairan darah daripada puting
- Perubahan pada saiz, bentuk dan fizikal payudara
- Puting payudara berubah kedudukan seakan akan terbalik
- Kulit pada sekeliling puting dan payudara menjadi bersisik, mengelupas dan berpigmen
- Kulit payudara kemerahan
Bagaimana Kanser Payudara Berlaku?
Tiada punca yang jelas mengapa canser payudara ini boleh berlaku. Pakar kesihatan percaya ia mungkin bermula dari sel payudara yang mengalami mutasi akibat faktor luaran seperti radiasi dan juga jangkitan dari organ lain dalam badan yang diserang kanser. Sel mutasi ini mula membelah dan menjagkiti sel sel sihat yang lain, kemudian memjadi ketulan tumor.
Faktor Keturunan - berasal dari keluarga yang pernah mengalamai barah payudara menjadikan anda lebih berisiko terdedah kepada penyakit ini.
Golongan yang berisiko mendapat kanser payduara
- Golongan wanita - berdasarkan statistik wanita paling ramai mengalami kanser payudara
- Umur meningkat - semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko kanser.
- Warisan Keturunan - jika salah ada dikalangan ahli keluarga rapat yang menghidap kanser ini, risiko anda mengalami kanser ini adalah leih tinggi.
- Radiasi - jika pernah terdedah kepada sinar radiasi pada bahagian dada semasa kecil, kemungkinan terkena kanser ini meningkat.
- Obesiti - berat badan berlebihan, risiko kanser turut minigkat.
- Datang haid pada usia awal sebelum 12 tahun - sesetengah pendapat mengatakan golongan ini berisiko
- Menopaus pada lewat usia - begitu juga jika menopaus berlaku pada usia yang lebih lewat daripada biasa
- Tidak pernah mengandung - tidak pernah mengandung anak adalah faktor lain kemungkinan berlaku kanser payudara
- Terapi hormon - wanita yang mengamalkan terapi hormon estrogen dan progesteron untuk mengatasi menopuas dilihat berisiko mendapat penyakit ini.
Cara mengesan barah payudara
Antara ujian dan prsedur untuk mengesan tanda kanser payudara adalah:
- Pemeriksaan payudara - doktor atau anda sendiri boleh memeriksa kedua dua payudara dan nod limfa anda di bawah ketiak. Ujian ini bertujuan untuk mengesan kehadiran benjolan luarbiasa pada payudara
- Mammogram - mamogram adalah x-ray yang dijalankan kepada payudara untuk mengesan tumor atau benjolan sel kanser.
- Ultrasound - menggunakan gelombang bunyi untuk membentuk imej dalaman payudara. cara ini dapat mengesan antara sel kenyal atau gumpalan sel kanser.
- Biopsy - mengambil sedikit sampel sel pada payudara untuk diuji sama ada sel tersebut sihat atau mengandungi sel kanser.
- Pemeriksaan MRI - menggunakan magnet dan gelombang radio untuk membentuk stuktur dalaman payudara dan mengesan kelainan yang mungkin berlaku akibat kanser.
Prosedur Rawatan Kanser Payudara
Doktor akan mememntukan apakah rawatan yang bakal dilakukan berdasarkan tahap kanser yang dialami.
Pembedahan pada Payudara
- Lumpectomy - Pembedahan buang tumor dan sel kanser dari payudara akan dilakukan kepada pesakit kanser tahap permulaan dimana saiz tumor kecil.
- Mastectomy - pembedahan ini dilakukan untuk membuang semua sel payudara termasuklah locul, saluran, tisu lemak, kulit dan juga puting payudara.
- Contralateral Prophylactic Mastectomy - Pembuangan kedua dua payudara dilakukan jika risiko kanser tersebut berulang sangat tinggi.
Terapi Radiasi
Terapi ini dilakukan dengan menggunakan gelombang tenaga yang kuat seperti Xray untuk membunuh sel kanser.Kesan sampingan dari rawatan ini adalah kesan terbakar (sun-burn), keletihan dan kemerahan. Tisu payudara mungkin kelihatan bengkak. Risiko lain termasuk berlaku kanser pada organ dan tisu badan yang lain disekitar kawasan terdedah pancaran radiasi.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan cecair dadah yang dirumus untuk membunuh sel kanser. Biasanya digunakan jika pesakit disyaki mengidap masalah payudara yang teruk dan berpotensi merebak ke bahagian badan lain.
Kesan sampingan kimoterapi termasuklah keguguran rambut, loya, muntah, keletihan dan mudah diserang penyakit. Kesan sampingan lain yang jarang berlaku tapi berpotensi terjadi adalah menopus awal, mandul, kerosakan jantung dan hati, kerosakan saraf.
DISCLAIMER : Produk stemcell Sari Agegard tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”
Produk ini adalah vitamin b17, makanan tambahan dan ia sesuai dijadikan sebagai ikhtiar sampingan selain terus mendapatkan rawatan hospital & doktor.