Kanser Rahim Rahim wanita adalah tempat dimana fetus membesar sehingga menjadi bayi. Kanser rahim bermula daripada permukaan dalam ra...
Kanser Rahim
Rahim wanita adalah tempat dimana fetus membesar sehingga menjadi bayi. Kanser rahim bermula daripada permukaan dalam rahim, sel mutasi terbentuk dan mula merebak. Kanser serviks pula berlaku pada pintu rahim atau pangkal rahim.
Biasanya kanser ini boleh dikesan awal kerana tanda awal mudah dikenalpasti, biasanya terdapat darah semasa membuang air kecil.
Tanda tanda Kanser Rahim
- Pendarahan pada alat kelamin pada waktu bukan haid atau selepas menopaus
- Cairan lain bercampur darah keluar dari kemaluan
- Sakit dan senak pada bawah abdomen
- Sakit semasa hubungan kelamin
Bagaimana Kanser Rahim Terjadi
Kanser rahim biasa bermula daripada sel mutasi yang terbentuk dan membiak pada lapisan dalam rahim.
Siapa Yang Berisiko Terkena Kanser Rahim
- Perubahan kesimbangan hormon dalam badan - Ovari menghasil hormon estrogen dan progesteron. Keadaan abnormal seperti peningkatan hormon estrogen adalah salah satu faktor penyakit ini. Antara penyebab terjadi adalah kitaran ovulasi tidak normal, obesiti dan kencing manis. Pengambilan hormon yang mengandungi estrogen selepas menopaus juga antara faktor penyebab.
- Tempoh mengalami haid yang panjang - datang haid pada usia sebelum 12 tahun atau haid sehingga lewat usia.
- Tidak pernah mengandung - wanita yang tidak pernah mengandung mempuyai potensi tinggi kanser rahim berbanding wanita yang pernah mengandung.
- Usia meningkat - kebanyakan kes kanser rahim berlaku kepada wanita berusia yang sudah menopaus
- Obesiti - berat badan berlebihan menyebabkan gangguan keseimbangan hormon
- Menjalani terapi hormon - bagi pesakit kanser payudara yang menjalankan terapi hormon tamoxifen
DISCLAIMER : Produk Sari Agegard tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”
Produk ini adalah makanan tambahan dan ia sesuai dijadikan sebagai ikhtiar sampingan selain terus mendapatkan rawatan hospital & doktor.