Archive Pages Design$type=blogging$meta=hide

Apa Itu Kanser Usus?

Kanser Usus Kanser pada dalam usus mula berlaku dari benjolan kecil yang biasanya bukan sel kanser, ia dipanggil adenomatous polyps. Da...

kanser usus - kenali kanser

Kanser Usus

Kanser pada dalam usus mula berlaku dari benjolan kecil yang biasanya bukan sel kanser, ia dipanggil adenomatous polyps. Dari masa ke semasa, benjolan ini jadi semakin besar dan akhirnya berlakulah kanser.


Tanda tanda kanser usus

  1. Berlaku perubahan semasa buang air besar, cirit birit atau sembelit, bentuk najis dan sukar membuang air besar sehingga 4 minggu.
  2. Pendarahan pada dubur dan najis. 
  3. Rasa sakit pada perut seperti kejang atau angin.
  4. Rasa tidak lawas dan ingin buang air besar, tetapi sukar.
  5. Letih dan lesu
  6. Berat badan turun mendadak

Kebanyakan pesakit kanser usus tidak merasa simptom ini pada peringkat awal. Pemeriksaan awal digalakan untuk mereka yang berusia 50 keatas, terutamanya mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami kanser ini.


Bagaimana Kanser Usus Berlaku

Menurut pakar perubatan, sel dalam usus pada mulanya adalah sel yang sihat. Sel kanser mula terbentuk apabila DNA sel sihat tadi terganggu dan rosak. DNA yang rosak tadi mula membahagi dan membiak sehingga terbentuk satu kumpulan benjolan sel kanser yang dipanggil tumor.

Dari masa ke semasa sel kanser mula menyerang sel sihat yang berhampiran dengannya dan sel kanser turut berisiko merebak ke seluruh bahagian badan menerusi salur darah.


Punca Penyebab Kanser Usus


1. Keturunan

Gen mutasi dalam DNA penyebab kanser boleh jadi penyebab pertama ia berlaku. Ia diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Bukan bermaksud seseorang pasti kena kanser usus jika ahli keluarga datang dari keturunan kanser usus, tetapi sistem badannya lebih mudah terganggu jika faktor-faktor penyebab kanser hadir dalam badan.


2. Faktor Pemakanan

Kajian dilakukan dalam satu kelompok yang mengamalkan diet pemakanan cara Barat (western). Diet western adalah makanan yang berlemak dan kurang serat. Hasil pemerhatian kumpulan ini berisiko tinggi mengalami kanser usus.

Kajian mendapati makanan tinggi lemak dan kurang serat mungkin menjejaskan mikro-organisma pengurai makanan dalam usus. Atau mungkin juga makanan tadi menyebabkan keradangan dalam usus seterusnya menjadi kanser. 


10 Golongan Yang Berisiko Alami Kanser Usus


  1. Berusia 50 keatas
  2. Keturunan yang pernah mengalami penyakit ini
  3. Keradangan atau luka seperti ulser dalam usus.
  4. Mengamalkan pemakanan tinggi lemak dan rendah serat.
  5. Kurang bersenam
  6. Pesakit kencing manis
  7. Kegemukan atau berat badan berlebihan
  8. Merokok
  9. Alkohol
  10. Radiasi dari rawatan radioterapi kanser.


Peringkat Kanser Usus

peringkat kanser usus
  • Stage 1 - Sel kanser mula terbentuk di lapisan kolon atau rektum sahaja, ia masih belum merebak di luar dinding kolon atau rektum
  • Stage 2 - Sel kanser telah merebak menembusi dinding kolon atau rektum, tapi masih belum merebak ke sistem limfa
  • Stage 3 - Sel kanser telah memasuki sistem limfa badan tetapi masih belum merebak ke bahagian badan lain
  • Stage 4 - Sel kanser telah merebak ke bahagian badan lain seperti hati dan peparu


Prosedur Rawatan Kanser Usus


  1. Peringkat permulaan kanser - Jika kanser yang terbentuk masih awal dan kecil, pembedahan membuang bahagian kecil tersebut mungkin dilakukan dengan selamat.
  2. Kanser yang aktif membiak dan merebak - jika ia melibatkan sebahagian besar usus yang dijangkiti, bahagian yang rosak akan dibuang dan usus yang sihat akan dicantumkan semula. Proses ini dipanggil "Partial colectomy". Bagi kes usus yang tidak dapat disambung semula, satu lubang kecil akan ditebuk melalui abdomen dan satu beg pengumpul najis akan dipasang. Ini dipanggil "colostomy".
  3. Kimoterapi - menggunakan "special drug" yang disalurkan ke dalam badan bagi membunuh sel kanser. Untuk pesakit kanser usus, proses ini biasanya dilakukan selepas pesakit menjalani pembedahan jika kanser sudah merebak ke sistem limfa. Ia juga mungkin dilakukan sebelum pembedahan. Kimoterapi memudahkan pembedahan kerana sel kanser menjadi kecut selepas proses itu. 
  4. Radioterapi - pancaran sinar X (Xray) secara terkawal pada kawasan yang dijangkiti mungkin boleh mmebunuuh sel kanser.

tuah primadona

Kongsi Penderitaan Kanser Anda Kepada Kami


Kami mempunyai kisah kejayaan penderita kanser yang kini miliki kehidupan yang lebih sihat. Dapatkan info lanjut sekarang!





DISCLAIMER : Produk Sari Agegard tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”

Produk ini adalah makanan tambahan dan ia sesuai dijadikan sebagai ikhtiar sampingan selain terus mendapatkan rawatan hospital & doktor.

COMMENTS

Name

jenis kanser kanser kanser darah kanser hati kanser paru paru kanser payudara kanser usus kesan kanser mamogram makanan anti kanser makanan untuk pesakit kanser mamogram tanda tanda kanser tips kanser ujian mamogram
false
ltr
item
Kenali Kanser: Apa Itu Kanser Usus?
Apa Itu Kanser Usus?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwAmeRdj0jg7LncQ4tvXPnWi6WtaMIWGxJIotmf7X3KuAoLJ9JOy7jDo-ClFnhJIN546o9MTYuILG77AJAN2mSRfycDsJPhaTWlBSJWdXBudKPnudMAVyCksZSoX5vhQm_eCOswZJ2vIlO/s1600/kanser+usus.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwAmeRdj0jg7LncQ4tvXPnWi6WtaMIWGxJIotmf7X3KuAoLJ9JOy7jDo-ClFnhJIN546o9MTYuILG77AJAN2mSRfycDsJPhaTWlBSJWdXBudKPnudMAVyCksZSoX5vhQm_eCOswZJ2vIlO/s72-c/kanser+usus.jpg
Kenali Kanser
http://kenalikanser.blogspot.com/2016/02/apa-itu-kanser-usus.html
http://kenalikanser.blogspot.com/
http://kenalikanser.blogspot.com/
http://kenalikanser.blogspot.com/2016/02/apa-itu-kanser-usus.html
true
6213291667340549323
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago