Archive Pages Design$type=blogging$meta=hide

Apa Itu Kanser Paru Paru

Apa Itu Kanser Paru Paru Kanser paru paru adalah kanser yang berlaku dalam organ paru paru. Paru paru adalah bahagian badan anda ...

kanser paru paru


Apa Itu Kanser Paru Paru


Kanser paru paru adalah kanser yang berlaku dalam organ paru paru. Paru paru adalah bahagian badan anda yang berbentuk seprti span. 

Semasa menarik nafas gas oksigen akan diserap badan manakala semasa menghembus nafas karbon dioksida akan dibebaskan.

Biasanya orang yang merokok adalah golongan paling berisiko mendapat kanser paru paru. Semakin banyak bilangan rokok dihisap, semakin tinggi kebarangkalian kanser ini berlaku.


Tanda Tanda Kanser Paru Paru


Pada peringkat awal ia tidak menunjukan sebarang tanda, dan apabila ia berlaku itu bermaksud kanser telah sam[ai ke tahap yang serius.

Antara tanda tanda kanser paru paru adalah:-

  • Batuk berpanjang dan berulang ulang
  • Batuk bersama campuran darah
  • Nafas menjadi pendek
  • Sakit dada
  • Suara menjadi serak
  • Hilang berat badan
  • Sakit sakit tulang
  • Sakit kepala


Bagaimana Merokok Menyebabkan Kanser Paru Paru


Merokok adalah punca utama kepada kanser paru paru. Ia boleh berlaku kepada perokok atupun orang yang terdedah kepada asap.

Doktor percaya, merokok menyebabkan sel paru paru menjadi rosak. Apabila perosok menghisap asap, bahan berbahaya (carcinogens) yang terkandung dalam asap rokok akan merosakan sel paru paru secara langsung.

Pada mulanya badan mampu membetulkan dan mengganti sel rosak tadi dengan sel baru yang sihat. Namun akibat kemasukan asap yang berulangan ulang, maka sel terus menjadi rosak dan ia mula membentuk sel kanser.

Dari masa kesemasa sel kanser tadi akan berkembang dan merebak membentuk sekumpulan sel/tisu kanser dalam paru paru.


Jenis Kanser Paru Paru


Pakar kesihatan mengkelaskan kanser kepada 2 jenis. Doktor akan melakukan rawatan berdasarkan jenis kanser ini.
  1. Small Cell Lung Cancer - biasanya berlaku kepada perokok tegar
  2. Non-Small Cell Lung Cancer - sel kanser selain jenis small cell, biasanya squamous cell carcinoma, adenocarcinoma dan large cell carcinoma.


Punca Kanser Paru Paru


  1. Merokok - semakin banyak merokok semakin tinggi risiko kanser paru paru. Berhenti merokok adalah pencegahan terbaik daripada kanser ini berlaku.
  2. Secondhand smoker - walaupun tidak merokok, risiko kanser paru paru turut berlaku jika terdedah kepada asap roko perokok lain.
  3. Terdedah kepada gas radon - Radon adalah gas semulajadi yang terhasil daripada penguraian uraniaum dari tanah, batu dan air.
  4. Terdedah kepada asbestos dan carcinogen - tempat kerja yang terdapat banyak asbestos, arsenik, chromium dan nikel boleh menyebabkan risiko kanser paru paru.
  5. Faktor keturunan - Jika anda mempuyai ahli keluarga yang pernah menghidap kanser ini, anda mungkin berisiko.



Kesan Kanser Paru Paru Kepada Pesakit

  1. Sukar bernafas - orang yang mengalami kanser paru paru akan berasa sukar benafas kerana laluan pernafasan tersekat. 
  2. Batuk berdarah - kanser ini boleh meyebabkan laluan udara dalam paru paru luka dan berdarah. Pendarahan ini dipanggil hemoptysis.
  3. Rasa sakit - Jika keadaanya terus, ia mampu merebak ke kawasan badan yang lain dan menyebabkan rasa sakit pada tulang, dan anggota lain.
  4. Paru paru berair (pleural effusion) - kanser boleh menyebabkan air berkumpul di kawasan paru paru yang mengalami kanser. Ini menyebabkan sukar bernafas.
  5. Kanser merebak ke kawasan lain - bergantung kepada tahap kanser, ia mampu merebak ke otak dan tulang.



Bagaimana Kanser Paru Paru Dikenalpasti

  1. X-ray - hasil pemeriksaan xray dikawasan dada mampu menunjukan jika terdapat gumpalan tisu abnormal dalam paru paru. CT scan juga dapat membantu mengenalpasti kedudukan gumapalan kanser ini.
  2. Ujian kahak - jika batuk berdarah dan berkahak, sampel tersebut boleh digunakan untuk mengesan kehadiran sel kanser dibawah mikroskop.
  3. Biopsi - Sedikit sample tisu paru paru akan diambil dan diuji untuk kenalpasti sel kanser.


Tahap Kanser Paru Paru


  • Tahap 1 - Kanser ini hanya berada dalam paru paru sahaja dan tidak merebak ke nod limfa. Saiznya kurang daripada 2 inci.
  • Tahap 2 - Pada tahap ini saiznya sudah melebihi 2 inci atau mungkin juga bersaiz kecik tetapi menjangkiti dinding dada, diafragma dan pluera. 
  • Tahap 3 - kanser pada tahap ni mungkin sudah membesar dan merebak ke anggota limfa.
  • Tahap 4 - kanser telah merebak ke bahagian lain dalam badan


Rawatan Kepada Kanser Paru paru

  1. Kimoterapi - dadah khas dimasukan ke dalam badan untuk membunuh dan mengecutkan sel kanser. Mungkin akan menyebabkan kesan sampingan lain. 
  2. Radioterapi - pancaran gelombang bertenaga tinggi akan dipancar ke anggota yang dikenalpasti kanser.
  3. Pembedahan - pembuangan sebahagian sel kanser dan sel paru paru yang rosak untuk mengelakan sel ini merebak ke bahagian badan yang lain.

tuah primadona

Kongsi Penderitaan Kanser Anda Kepada Kami


Kami mempunyai kisah kejayaan penderita kanser yang kini miliki kehidupan yang lebih sihat. Dapatkan info lanjut sekarang!





DISCLAIMER : Produk Sari Agegard tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza”

Produk ini adalah makanan tambahan dan ia sesuai dijadikan sebagai ikhtiar sampingan selain terus mendapatkan rawatan hospital & doktor.


COMMENTS

Name

jenis kanser kanser kanser darah kanser hati kanser paru paru kanser payudara kanser usus kesan kanser mamogram makanan anti kanser makanan untuk pesakit kanser mamogram tanda tanda kanser tips kanser ujian mamogram
false
ltr
item
Kenali Kanser: Apa Itu Kanser Paru Paru
Apa Itu Kanser Paru Paru
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhznbhBHY-0Ox7ibXfDKK8Wi6Q6tjVn6DhPQWD4a2dPsxM_4VLOXQJinXm_oqnwtjl1wcco8jRw-UmbRFmmSsqrboqd6XK73BVrJGnovs6xGHVwgahbsIQ5QWefLQUhyc3Eqa_7lCKJashe/s1600/09+kanser+paru+paru.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhznbhBHY-0Ox7ibXfDKK8Wi6Q6tjVn6DhPQWD4a2dPsxM_4VLOXQJinXm_oqnwtjl1wcco8jRw-UmbRFmmSsqrboqd6XK73BVrJGnovs6xGHVwgahbsIQ5QWefLQUhyc3Eqa_7lCKJashe/s72-c/09+kanser+paru+paru.jpg
Kenali Kanser
http://kenalikanser.blogspot.com/2016/03/apa-itu-kanser-paru-paru.html
http://kenalikanser.blogspot.com/
http://kenalikanser.blogspot.com/
http://kenalikanser.blogspot.com/2016/03/apa-itu-kanser-paru-paru.html
true
6213291667340549323
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago